‘Saya Sendiri Yang Pergi Serahkan Suami Pada Bekas Isteri Dia’ – Dr Erin

Isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali dengan nama Dr Erin sebelum ini telah mengesahkan sudah dicer4ikan.

Terbaru, Dr Erin menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi beberapa screenshot perbualannya bersama Da’i Farhan. Tujuannya memuatnaik perbualan tersebut adalah untuk menceritakan perkaran sebenar mengenai isu rumah tangga mereka bersama bekas isteri pertama Da’i Farhan.

Perbualan dengan ustaz

Memandangkan ramai sangat dok buat d0sa kering try hard sangat nak kata hal rumah tangga saya dengan ustaz. Macam yang saya cakap sebelum ni, memang saya yang minta dicer4ikan untuk memberi peluang kepda ustaz berbahagia bersama anak-anak ustaz.

Saya rasa berbahagia kalau saya tengok orang-orang yang saya sayang bahagia. Jadi saya share lah sikit perbualan saya dengan ustaz agar tak perlu lah orang susah sus4h buat teori macam-macam buat d0sa je. Pada 8 Februari 2020, ustaz balik dari Kota Bharu ke Subang untuk jumpa saya selepas pergi tengok anak-anak di kampung bekas isteri ustaz.

‘Terima kasih hantar Ira dan papa’

Pada 9 Februari 2020, saya dah ada di rumah bekas isteri ustaz di Terengganu sebab nak bagi balik ustaz pada bekas isteri dia sebab alasan masal4h anak tu lah dan kena cer4i apa semua tu.

Kalau pihak sana kata fitn4h makna bukan saya lah yang fitn4h sebab saya cakap apa yang saya dengar sahaja. Apa sahaja alasan yang membolehkan saya menebalkan muka saya pergi sana walaupun tengah honeymoon lagi, baru kahwin lah orang kata dengan suami saya tu.

Sanggup tebalkan muka

Saya sanggup pergi tebalkan muka saya jumpa bekas isteri ustaz walau apa yang dah jadi macam-macam ni demi sayang saya pada suami saya. Saya tak sanggup tengok ustaz sed1h sebab jauh dari anak-anak dan saya juga tak sanggup tengok anak-anak ustaz jauh dari ayah depa sebab saya sayang anak-anak tu macam darah daging saya sendiri.

Jadi sebagai seorang ibu, saya lebih pentingkan kebajikan anak-anak tu dari kepentingan saya sendiri. Saya yang pergi serahkan suami saya pada bekas isteri dia dan saya sendiri pujuk ustaz supaya jangan risau jangan sed1h nanti kita cari jalan ustaz baik dengan bekas isteri dia balik.

Masih berkasih sayang dengan ustaz

Pada 19 Mac 2020 iaitu pada mula PKP saya dengan ustaz masih berkasih sayang. Saya tau ustaz sangat sayangkan saya macam mana saya sayangkan ustaz. Tapi bila dah lama tak dapat jumpa anak-anak ustaz di kampung, ustaz jadi str3ss dan saya pun sedikit sebanyak str3ss juga tengok suami macam tu.

Saya pun dok tengok ustaz selalu Whatsapp dengan bekas isteri dan video call hari-hari atas alasan anak. Saya tahu bekas isteri dia pun tak boleh move on, jadi tak apa lah saya tak marah pun dan saya faham sebab tu saya nekad minta ustaz cer4ikan saya sebab sal4h seorang kena mengal4h.

Jangan salahkan ustaz

Harap janganlah disal4hkan ustaz atau sesiapa lagi. Ini adalah ujian untuk kami dan kami dah berjaya harungi ujian ini bersama-sama secara baik. Kami berdua pun dah sama-sama bahagia. Falsafah hidup saya dalam perkahwinan suami hanya pinjaman bila-bila masa boleh dapat dan bila-bila masa boleh diambil balik oleh Allah SWT.

Sayang Allah lebih daripada sayang suami. Saya bersyukur sangat dan berbahagia bila boleh buat orang yang saya sayang bahagia. Kes-kes fitn4h pasal saya tu inshaAllah tidak lama lagi semua akan terjawab. Pasti akan ada yang kata tak ada siapa yang nak baca perbualan saya dengan ustaz ni, tapi saya sajalah nak share untuk siapa yang nak tahu.

Sumber: Dr. Erin via Oh Bulan

Be the first to comment on "‘Saya Sendiri Yang Pergi Serahkan Suami Pada Bekas Isteri Dia’ – Dr Erin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*