China miliki 5 vaksin C0vid-19 yang diuji ke atas manusia

CHINA memiliki lima vaksin C0vid-19 yang berpotensi dalam ujian ke atas manusia dan lebih banyak lagi sedang dalam proses, kata seorang pegawai kesihatan.

Kenyataan itu muncul ketika dunia kini berlumba-lumba mencari formula untuk menghentikan penul4ran wab4k tersebut.

Setakat ini belum ada ‘reaksi burvk yang besar’ dilaporkan dalam kalangan 2,575 sukarelawan yang mengambil bahagian dalam lima ujian bagi fasa dua, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Zeng Yixin.

“Menurut rancangan, jika semuanya berjalan lancar, projek ini akan melengkapkan fasa kedua ujian klinikal pada bulan Julai tahun ini,” kata Zeng.

Lebih banyak calon vaksin sedang dalam proses dan menunggu persetujuan untuk diuji ke atas manusia, katanya.

China sebelum ini mengatakan empat percubaan ke atas manusia sedang dijalankan.

Zeng bagaimanapun tidak memperincikan bilakah tempoh ujian itu, yang mesti melengkapkan tiga fasa agar ia disetujui untuk digunakan, akan selesai. – CNA

Nak macam-macam info? Join kami di FB PM Media

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "China miliki 5 vaksin C0vid-19 yang diuji ke atas manusia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*