Hasil ujian saringan C0vid-19 ahli Parlimen diketahui, Dr Noor Hisham perjelas…

“SETAKAT ini, alhamdulillah tiada kes yang didapati positif.”

Demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai tiada kes positif C0vid-19 dikesan dalam kalangan ahli Parlimen yang telah disaring setakat ini.

Beliau berkata, seramai 750 orang termasuk staf Parlimen dan petugas media yang terlibat dalam persidangan itu telah melalui ujian saringan.

“Jadi setakat ini, alhamdulillah tiada kes yang didapati positif.

“Kami masih laksanakan (ujian) dalam sehari dua ini dan kami mungkin akan maklumkan keputusan (keseluruhan) dalam tempoh 24 jam, ” katanya dalam sidang media perkembangan C0vid-19, pada Sabtu.

Rabu lalu, pengurusan Parlimen dengan bantuan pelbagai agensi berkaitan telah melaksanakan ujian saringan C0vid-19 sebagai persiapan sebelum persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara Isnin ini.

Walaupun persidangan kedua-dua dewan itu hanya akan berlangsung sehari, pihak pengurusan telah mengambil tindakan sewajarnya untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, beliau berkata KKM sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk mengemas kini data kem4tian akibat C0vid-19 dengan mengasingkan punca kem4tian akibat wab4k itu atau disebabkan peny4kit lain.

“Ada kes berkaitan peny4kit, kemal4ngan atau sebab kem4tian bukan sebab C0vid-19, tetapi bila diambil swab, ujian positif.

“Contohnya kes kem4tian ke-113, pes4kit ada bar4h paru-paru peringkat akhir, dan kami dah bagi cuti untuk penjagaan paliatif di rumah, selepas itu kesihatan pes4kit semakin mer0sot dan bila ujian dilaksanakan ujiannya kebetulan positif, tetapi sebab kem4tian adalah k4nser paru-paru.

“Yang ini kami (tengah) bincangkan sama ada kami harus ambil kira kes positif C0vid-19 atau sebab kem4tian seperti bunvh diri, tetapi positif C0vid-19, setakat ini kami daftar kes sebagai C0vid-19,” katanya. – BERNAMA

Nak macam-macam info? Join kami di FB PM Media

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Hasil ujian saringan C0vid-19 ahli Parlimen diketahui, Dr Noor Hisham perjelas…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*