Selepas 8 minggu dit4ngguh…Khutbah ringkas di Masjid Negara

SELEPAS lapan minggu dit4ngguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini Masjid Negara kembali mengadakan solat Jumaat dengan khutbah ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Khutbah Jumaat ringkas kepada jemaah yang hadir tidak lebih daripada 30 orang itu mengupas isu C0vid-19 dan menekankan kepentingan mengamalkan cara hidup normal baharu.

Imam Besar Masjid Negara Ihsan Mohd Hosni berkata, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana selepas dua bulan iaitu lapan kali solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan dengan diganti solat Zohor akhirnya hari ini diberi sedikit kel0nggaran untuk mengadakan semula solat Jumaat.

Menurutnya, bagaimanapun kebenaran itu bersyarat iaitu masjid dan surau di dalam kawasan zon hijau dengan bilangan jemaah diputuskan tidak lebih daripada 30 orang.

“Kita sebagai pelaksana akur dengan keputusan itu dan harap ia sampai kepada masyarakat iaitu walaupun diberi kebenaran tetapi bersyarat.

“Kita faham masyarakat juga ingin mengimarahkan masjid kerana sudah lama tidak bersolat di sini namun peringkat awal ini pihak pengurusan masjid mengehadkan kepada kakitangan sahaja,” katanya ketika ditemui selepas mengimamkan solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, hari ini.

Katanya, jika dibuka kepada orang ramai dibimb4ngi agak sukar untuk mengawal pergerakan dalam jumlah yang ramai.

Terdahulu 25 masjid dan 31 surau dalam Wilayah Persekutuan Kuala lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini mengadakan solat Jumaat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail pula berkata, berkata, semua masjid dan surau yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat berada dalam zon hijau.

“Jemaah pula terdiri daripada kakitangan masjid dan surau serta kariah yang dibenarkan untuk mendirikan solat secara berjemaah.

“Sudah tentu semua perlu mematuhi SOP ditetapkan termasuk penjarakan sosial,” katanya.

Sumber: MyMetro

Be the first to comment on "Selepas 8 minggu dit4ngguh…Khutbah ringkas di Masjid Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*